BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 30, 2010

apa nak jadi ni???

assalamualaikum sume...
hurmmm ... camne ngan layout baru blog hana ni??? chantek tak???
hehe... baru semangat sket...
weee~~suke2.. pink3...

klah tak nak sembang pnjang coz isu kite pada hari ini sangat hot dan seyes ok...
nak di jadikan cter...

semalam.....
azan berkumandang di SURAU ALFIRDAUS...
"ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR..."
hanna pon g la mbek wuduk...
jalan sowang2 gi surau...
rummate dah pegi daaa... die g awal ag.. huhu...

so hanna pon jalan dgn pantas giler argh sebab dari jauh terdengar owang dah nak iqomat...
hiyaaa... tibe2....

kat bawah pokok betol2 depan surau tu.... (gelap giler argh)
hanna terdengar ade owang tengah bercakap...
dalam hati....
pe tu hah???
serammnyeee coz penah dengar owang citer sal pokok besar tu....
tapi jalan je laaa wat2 berani kan...

nak tau ape yang hanna nmpk????



hurmmmm... sangat menyakitkan hati...
nak tau hanna nampak ape????
yaALLAH... hanna nampak ade dua owang manusia
lelaki dan perempuan sdang bersembang...
maybe dating...
hurmmm waallahualam...
yang besh nyer tu... diowang berdating kat tempat gelap betol2 depan surau...
and lagi besh time tu betol2 owang tengah iqomat...
aiii.. ape nak jadi ni????
dah tak bley nak pikir kew hah???
name jew bakal chekgu an???
adoooiii... hanna tak sempat nak tengok sape budak tu...
coz diowang tengok hanna lalu je diowang terus blah...
sakitt hati + kuciwaa coz tak bley nak tegur...
juz tegur dalam hati...
huhu....

bila pikir balik an... kalau la hanna jadi perempuan tu cnfrm hanna reject laki tu...
nak tau nape???
sebab time owang tengah iqomat tu ape salahnye kalau g surau terus...
ni tak time owang iqomat... time tu lah nak dating...
port baik nyer... depan surau... bawah pokok besar.... dah tu owang nak angkat takbir...
laki tu blah balik hostel... hissshhh.. sakit mata den nengok nyeee...




Thursday, July 29, 2010

hepykah????




memikioorr??? hurmmmm...
senyum jew laaaa.... :")


salam sume...
wat kawan2 sume.. maaflah dah lame hana tak update blog ni kan???
sampai dah bersawang kan?? tapi diharapkan iman kite tak kan bersawang macam blog hana ni...
huhu.... maap... emosi hana skunk ni tak stabil... huummmm.. maybe sebab HOMESICK laaa... huhu.
bile hana ase dah ok nanti INSYAALLAH hana akan update blog ni...
take care.. jage diri.. jage iman...
wasalam..

away from this blog for a while...

Friday, July 16, 2010

ALLAH sentiasa bersama kita~~

Kenapa Tak Rogol Saya?




Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Tuesday, July 13, 2010

ASSALAMUALAIKUM W.B.R....
ape kabar sume???
hope sume sihat ea... ummm... bagi yg tak sihat tu maybe tu sume ujian drpd ALLAH...
mungkin kafarah dosa anda... insyaALLAH sume yg terjadi ade hikmahnya...
umm.. sebenarnye post kali ni hanna nak citer sal PERSARAAN TN HJ AHMAD BIN MOHD SALLEH.. tapi ade siket masalah teknikal... huhu...
insyaALLAH.. entry yang akan datang Hanna akan wat entry yg spesel punyer tuk lecture yg disayangi tu...
OK.... entry kali ni Hanna ade satu cter yg agak klaka... hehe... tapi jgn bace je... ambil iktibar dri cite ni ea... ok... selamat membace...


Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".


hehe.. dah abeh bace??? tengok tu... bnde senang pon si menantu tu tak tau... kat sni nampak sgt jelas dan nyata yg zaman sekarang ni manusia semakin jauh drpd pencipta kita... ALLAH YG ESA...selalu je lupe bnde2 yg kecik...selalu pandang bnde2 camtu sebagai bnde yg remeh... umm... kesian kat die punyer wife an.. dapat husband camtu... jum kite same2 doa dari sekarang supaya dapat suami yg soleh.. hehe... tapi kalau kite nak suami yang soleh kite mesti jadi wanita yg solehah dulu... insyaALLAH.. kite dapat ape yg kite nak... hehe... ok... nak g dengar FORUM TRANSFORMASI DIRI kat SURAU AL-FIRDAUS... hehe.. salam sayang dari Hanna Zaki...

Friday, July 9, 2010

temuduga terbuka





KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.


Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah

sama2lah kita saling ingat mengingati bersama...






ter.....lepas

Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?

* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...
* Isteri: ????!!!!!

* Suami: (Dalam hati) Alamak!!

Sunday, July 4, 2010

TOLONG BACA!!! IMPORTANT...

ASSALAMUALAIKUM...
ape yg saye nak kongsi kat sni maybe ramai yg dah tahu...
tapi tak salah kan kite saling ingat- mengingati...
dis entry maybe juz take a few minutes soo..
plezzz la baca entry ni kalau anda sygkan diri anda sendiri dan umat ISLAM...




KASUT DARI KULIT KHINZIR




ingrediants: (SOURCE: Pork Skin)

AWAS !!! Ada di jual di SEVEN 11



Jangan Minum AIR KICKAPOO dan Coca-cola




Pengumuman penting untuk UMAT ISLAM semua, sebenarnya air kickapoo bergas yang selalu diminum kat Malaysia ni berasal dari syarikat ARAK, nama syarikat MONARCH BEVERAGE, bukti lihat web kat bawah ni:

http://www.kickapoojoy.com/history.html

http://www.monarch-beverage.com/home..htm


Jolly Shandy
Arak Alaf Baru yang mengelirukan!! PERHATIAN SEMUA!!!
Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE .
Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.
kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut.
Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

Minuman Berkarbonat Ternama Mengandungi Bahan Asing KUALA LUMPUR
Unit Aduan PPIM telah menerima aduan seorang pengguna yang membeli air minuman Coca รข€“ Cola mengandungi benda asing yang menjijikkan.


Mangsa mendakwa tertipu dengan isi kandungan air coca-cola selepas membeli minuman itu di sebuah kedai runcit di Kapar, Klang .

PPIM juga was-was dengan status halal minuman coca-cola kerana disyaki mengandungi bahan terlarang dalam ramuan minuman keluaran syarikat tersebut.

Syarikat ini juga dipercayai menyokong Rejim Yahudi dengan memberi bantuan moral dan kewangan yang besar untuk melakukan kekejaman dan keganasan terhadap kemanusiaan dan negara-negara yang lemah sejak berkurun lamanya.
Sokonglah produk keluaran Islam.






Produk paling LARIS tetapi TIDAK HALAL

1.Shampoo dan facial DOVE
2.Pringles potato chips
3..Lychee NARCISSUS

KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

* Di atas adalah barang2 keluaran Narcissus

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as;

whole mushrooms,

asparagus spears,

lychees,

spiced pork cubes,

stewed pork chops etc.


The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings


untuk renungan bersama???..klu nk tau cite selanjutnyer..klik linkini..http://kpa2u.files.wordpress.com/2009/01/kuaci_shanghai3.gif


Ramai dikalangan kita tidak mengetahui tentang kod (E) yg berada dalam makanan samada makanan harian atau sekadar makanan ringan…
Kod makanan yang mengandungi unsur babi ialah:
E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270. E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904….


"....adalah tidak mustahil, seorang ISLAM yang kini sudah berusia 40 tahun,...kalau dihitung ....mungkin dah termakan seekor babi secara syubhah...!!!"

"...SEDARILAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI, SELAMA INI DAN SAMPAI SEKARANG INI...APA YANG TELAH MASUK KE MULUT KITA, ANAK-ANAK KITA...ADALAH MAKANAN & MINUMAN HAMPIR SEMUANYA ADALAH SYUBHAH...

" ...masih lagi dok fikir ??? sampai bila nak fikir ??? "....marilah bersama-sama kami,..kita sama-sama berjamaah mencari, mempromosi & mengguna produk-produk yang 100% HALAL keluaran syarikat 100% Bumiputra Muslim.....demi masa depan anak bangsa kita... MELAYU & ISLAM...INSYAALLAH"





pssstttt... kalu anda sume persaan saye penah post entry tentnag kod2 khinzir tu...
cube tgk ea.. bley la print... saye dah sediakan dlm bntuk yg sesuai tuk diletakkan di dlm purse or wallet.. s
ng la nnt time shupin bley semak yg mne halal dan yg mane haram... hehe...



Saturday, July 3, 2010

ASSALAMUALAIKUM...


pengumuman penting wat rakyat2 beta...

dengan ini beta mengisytiharkan bahawasanya....








SAYA DAH DEACTIVE FESBUK WAT SEMENTARA WAKTU...

heeee~~


saje nak gtau takooot cari plak nnt...
(perasan femes plak)

wee~~


sekian terima kasih...





JUZ WAIT N SEE BAPE LAME SY BLEY IDOOP WITHOUT FB...