BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Monday, May 31, 2010

selamatkan PALESTINE!!!!

Nasib 11 rakyat kita masih samar
Oleh Haspaizi Mohd Zain, Sukhairi Abd Thani dan Nor Hatina Shuib
bhnews@bharian.com.my
2010/06/
">


Dua krew TV turut berada atas kapal

SHAH ALAM: Nasib sembilan sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) dari Malaysia dan dua krew televisyen Astro Awani yang berada atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel ketika misi kemanusiaan menghantar bantuan untuk penduduk Palestin di Semenanjung Gaza pagi semalam, belum diketahui.
Setakat tengah malam tadi, sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan mati dan berpuluh lain cedera dalam serbuan komando Israel ketika kapal itu berada di perairan antarabangsa, di luar pantai Gaza.
Mereka yang menyertai misi bantuan kemanusiaan itu ialah Noorazman Mohd Shamsuddin, Dr Mohd Arba Ai Shawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan, Dr Selamat Aliman, Jamaluddin Elias, Al Hami Hussian Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad, Abd Halim Mohamed Redzuan, Hasanuddin Aqsi As Syarif. Dua krew Astro Awani ialah wartawan Ashwad Ismail dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip.

Pengerusi LL4G, Zulkifli Mohd Nani, pada sidang media di sini, berkata ketika menghubungi bahagian komunikasi di Gaza pada jam 3.15 petang semalam, beliau dimaklumkan lebih 10 mangsa terbunuh dan 30 cedera dalam kejadian itu.

"Saya hanya sempat membuat panggilan telefon tidak sampai dua minit dan diberitahu sebarang komunikasi atas kapal Mavi Marmara sudah diputuskan oleh Israel," katanya dan menambah misi bantuan kemanusiaan itu membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan, antaranya ubat-ubatan bagi pesakit kanser di Gaza, selain pakaian dan makanan.

"Kapal Induk Marvi Marmara adalah satu daripada tujuh kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan. Ia diserang ketika menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi diketuai sebuah NGO dari Turki, iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan kapal Marvi Marmara yang dinaiki sukarelawan Malaysia diserang jam 11 pagi," katanya.
Beliau berkata, ketua misi LL4G, Noorazman ketika dihubungi sebelum ini berkata tidak ada sebatang paku pun dalam kapal itu untuk sebarang tujuan tidak baik dan misi hanya untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat Gaza tetapi Israel dalam kenyataannya menyatakan tembakan bermula daripada kapal Mavi Marmara sebelum dibalas oleh tenteranya," katanya.

Pengurus Besar Astro Awani, Rozina Aziz, mengesahkan Ashwad, 26, dan Shamsul Kamal, 43 wartawan berada dalam kapal Mavi Marmara tetapi sehingga malam tadi, tidak dapat menghubungi mereka.

“Kami masih gagal menghubungi mereka selepas serangan pada awal pagi tadi (semalam). Kami masih menunggu sebarang maklumat daripada penganjur dan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dua krew berkenaan berlepas dari Kuala Lumpur ke Istanbul, Turki pada 23 Mei sebelum ke Pelabuhan Antalya, untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan itu.

Sementara itu, sekumpulan lagi rakyat Malaysia dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang menaiki kapal utama Rachel Corrie, selamat selepas tentera Israel hanya menaiki Marvi Marvara bagi menghalang konvoi itu.

Tiga wakil PGPO atas kapal itu ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu serta Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria. Mereka disertai wartawan TV3, Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Dalam SMS kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza tahu Mavi Marmara diserang dan merancang untuk terus maju.







dipetik dari BERITA HARIAN 1.JUN.2010...
ayuh kawan2 sama2 kite buat solat hajat dan doakansedara2 seISLAM kite di PALESTIN...
adakah kite hendak melihat kemenangan tanpa ade sebarang usaha dari kite sendiri????
ALLAH tidak akan melihat dari hasilnya... tapi ALLAH akan melihat dari usaha kite untuk menegakkan ISLAM... insyaALLAH..


Sunday, May 30, 2010

IMAN, awak cuti ker???

~IN THE NAME OF ALLAH~
ASSALAMUALAIKUM...
apa kabar iman anda aie ni???
sihatkah dia???
harap2 iman antunna sume dalam keadaan baek2 jew ea...
tggl bape aie jew lagi kita sume nak balik ke kmpung halaman masing2..
ummm.... tak sabar rasenye kan??? nak jumpe parents n family terchenta...
tapi kite kena igt balik umah ni jaga iman masing2... jgn biarkan iman anda turut sama bercuti...
hehehhee... nasihat wat kwan2 dan diri saya juga...
kat sini ada satu kisah tentang IMAN....semoga kita sume dapat ambik ibrah dari cerita ni...

IMAN : Assalamualaikum bos...
DIRI : Waalaikummussalam wbt. Lama tak nmpk awak.. Awak cuti ker?
IMAN : taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi dah..
DIRI : Laaaa.. kenape cakap camtu?? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde.
IMAN : Takdelah kami lihat banyak perkeja tambahan tuan ambil sekarang. VCD,SMS,TV... jadi kami rasa terpinggir.
DIRI : Entahlah,waktu cuti sebulan ni saya tak penah mengaji mereka,tapi mereka terlalu rajin bekerja,bekerja tanpa gaji,tapi banyak gakduit saya habis... entah laaa...
IMAN : Tu sebab,kami agak rasa tuan memencilkan kami.AL-QURAN,ZIKIR,MATHURAT.SOLAT MALAM, tak boleh bekerja dengan mereka... kami memang tak boleh bercampur dengan mereka...
DIRI : Saya tak penah minta kamu bercuti..
IMAN : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan yang lain? Saya lihat mereka buat tuan gembira...
DIRI : Gembira paenye... Berterabur kerja saya kat pejabat tuu.... Tolonglah bekerja dengan saya kembali..
IMAN : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi tuan kdg2 mengabaikan kami. tuan sediakan makanan untuk pekerja tambahan tuan sahaja, EN.DOSA, tapi kami tuan tak sediakan makanan. kenajikan kami tidak terjaga...
DIRI : Maafkan saya .. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan semua akan saya kamu akan saya jaga.
IMAN : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, DIAlah ALLAH... Tuan takkan takut menabur janji tapi melupakannya??
DIRI : Janganlah menyalahkan saya..
IMAN : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. Bukankah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja.. mereka meminggirkan kami..
DIRI : Dah awak tak melawan...
IMAN : Tuan, bagaimana kami nak melawan??? bagaimana kami nak menang??? kami terlalu lemah, sedikit pula tuuu,kebajikan kamilangusung tuan tak jaga.. Sedangkan kami tidak penah memnta gaji dari tuan.... Cuma kami mnta disediakan ruang yg bersih dan amanah untuk kami bekerja.. Salahkah kami meminta sedikit???
DIRI : mereka kdg2 lebih menggembirakan saya..
IMAN : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja dengan tuan lagi..Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.. Siapalah kami.....
DIRI : ehhh... jangan.... Bekerjalah dengan saya...
IMAN : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka... Sedangkan kami,percuma khidmat kami...
DIRI : Aduh... mereka pekerja yang menggembirakan saya... Memang kamu percuma, tapi kamu kdg2 bsing...ini tak boleh... itu tak boleh....saya rimaass...
IMAN : (senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dlu.. tak perlulah kami berkhidmat dgn tuan lagi... kalau tun perlukan kami,, kami sentiasa di sisi tuan... Tuan jangan risau..kami maafkan tuan...
DIRI : Jangan pergi.. saya sanggup pecatkan En. Dosa... dan ahli jwatankuasanyaa...VCD,MAJALAH yg melalaikan dan sebagainya...
IMAN : Tuan betul2 sanggup???
DIRI : Ya,... saya betul2 tak tenang sekarang,,.. berterabur..
IMAN :Alhamdulillah.... kami free of charge,...Tuan takkan rugi sebaliknya tuan beruntung bsar.. silap hari bulan CEO... ALLAH kita akan naikkan pangkat tuan ke pangkat yang lebih tinggi..
DIRI : Terima kasih (O_o)v Panggillah ajk kamu bekerja semula.. En Iman, saya akan jaga kebaikkan kamu, panggilah En. Mathurat, EnZikir, En, Solat dan semua ahli jabatan kamu yaaa....
IMAN; Alhamdulillah.. Moga keuntungan tuan berganda-ganda tahun ini dan seterusnya.,...
DIRI : Terima kasih pengawai kewanganku .... =)



~ YA ALLAH JANGAN KAU AMBIL NIKMAT IMAN DAN ISLAM DARI KAMI.. AMIN YA RABB...~


Pssst.. jangan biarkan IMAN anda bercuti!!!!
Luangkanlah sedikit masa bersama tuhanmu kerana sesungguhnya keindahan bersama tuhan tidak sebanding dengan sedikitpun nilai material yang berada di hadapan kita.. setiap saat yang kita bersama ALLAH, akan diberi ganjaraan berlipat kali ganda di akhirat kelak...
pesanan ni wat diri saya sendiri dan sume kawan2 yang disayangi...


dipetik dari AL-ISLAH keluaran MEY...

kasut CROCS dan ISLAM

salam ukhwah fillah..
kaifa haluk???
hope sume sihat dari segi iman dan fizikal,...




chantek an kasut crocs ni???
skunk ni dah menjadi trend remaja kat MALAYSIA...
setiap owg wajib ade... budak2 kecik pon ramai yg pakai...
nmpk cute sgt.. hehe

umm... asenye an kawan2 msti suke pakai kasut crocs an...
sebab kasut ni selesa sgt.. ringan.. so tak kesah la mahal pon...
cite sal kasut crocs ni.. tadi saya bukak fb.. n ade owang send msg sal kasut ni....
saya ase cam sgt menarik n nak kongsi ngan sume...







tau tak ape pic kat atas ni???
nilah pic tanda yg ade kat kasut crocs tu...
perasan tak tanda ni bila disambung menjadi kalimah ALLAH...
ummm... nak tau tnda ni ade kat na???
ade kat tapak die...
ya ALLAH... sampai camni sekali yahudi nak jatuhkan ISLAM...
umm.. so pasni sape yg ade kasut ni... TOLONG KIKIS TANDA TU...
bgi yang baru rancang2 nak pegi beli tu...
saya nasihatkan tak payah la beli...
huhu...beli jew kasut yang murah2 tu... frst dapat save budget...
second tak la ag timbul ase was2 lam hati tu...
uhuh...



macam2 cara dan rancangan yg yahudi lakukan tuk jatuhkan ISLAM....
tapi ape tindakan kite???
takkan kite nak tgk ISLAM jatuh macam tu jew???
ayuh muslimin dan muslimat.. bangun.. perjuangkan ISLAM...
ALLAH TAKKAN MELIHAT KEPADA HASIL TETAPI DIA MELIHAT KEPADA USAHA KITA...
renung2kan dan selamat beramal... (O_o)v


Tolong sampaikan kepada "dia"

Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

ibu bapa

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..



Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

heart

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

true love


for somebody...

Wednesday, May 26, 2010

M.E.R.D.E.K.A

SALAM SAYANG SUME....
rase cam dah lama saya tak post something kat belog ni an??
huhu.. bkan pe stress la nak exam...
dah tu ase cam malas je nak bukak lappy ni...
kalu saya dah ngadap lappy ni... tak igt dunia daa... macam2 saya wat.. sbb tu lah kalu musim exam saya takkan bukak lappy ni.. t tak study pon.. study muka buku jew.. huhu...
okelah EXAM dah ABEH... alhamdulillah.. sume soklan saya jawab tapi tak tau laa betol kew tak...asalkan penuh semua tempat kosong tu.. hahaha...
yang penting saya dah berusaha abis-abisan... selebeynya,, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH yang maha ESA...
saya redho dengan rezult nanti.. huhu... semoga saya dan kawan2 mendapat KEJAYAAN YANG CEMERLANG... amin....


ok dah abeh exam.. ape ag??? ENJOY LAAA... hehehe..
cakap sal enjoy... japg tepat kol 3.45 ptg saya nak pegi BACHOK... ( Umah akhwat).. waduh2... beshnye.. dah la pegi ngan akhwat2 yang laen... ummm... mesti meriah an umah die... hihikkk... dah la kami ni sume bising2 belako... huhu.. hope ukhti2 dapat bersabar ngan karenah kami ni ea... hihik..

hehe.. oklah saya nak g packing barang ni... hehe.. satu bnde tak wat ag... beg pon tak tau kat ne.. hoho....




wat akhwat2 yang pegi nanti hope kite sume dapat mencari kredhaan ALLAH...
igt pesan kak azie... PASANG NIAT BANYAK2...
hehe.... offline sampai aie sabtu,...
doakan kami sume selamat pegi dan balik...
salam sayang dari saya...

Friday, May 21, 2010

...masalah....masalah...


ASSALAMUALAIKUM...
umm... seharian aie ni hujan an???
alhamdulillah... hujan rahmat.. hehe...
ye lah kalu dulu asyek merungut PANAS..PANAS...PANAS...
saya mengaku beberapa minggu lepas memang PANAS sgt2...
bila saya duduk sowang2.. saya pikir balik.. kenapa lah PANASZZ ssgt ea???
ummm.. mungkin ni salah satu bala yang ALLAH nak bagi kat kite an...
kalu kite tengok kat INDONESIA and negara2 lain... diowang diuji ngan GEMPA BUMI...TSUNAMI dan macam2 ag bencana alam...
umm... semoga ALLAH mengampunkan dosa2 kite semua...

klah kalu kite tengok zaman skunk ni an... KES PEMBUANGAN BAYI makin menjadi2 kan???
umm.. sedey saya tengok bayi2 tu... baru2 ni dalam paper DUA REMAJA TANAM ANAK DIOWANG...
tak tau lah ape nak jadi... salah siapa??? IBU?? BAPA?? GURU??? or DIRI SENDIRI???
skunk ni kalu kes zina... ummm.. cam dah lali dengar an??? YA ALLAH jauhkan kami dari perbuatan terkutuk itu...

kalu tengok diowang berzina tanpa segan silu... ade yang kat tepi semak samun.. ade yang kat dalam kete.. ade yang kat tempat2 peranginan... sampaikan my parents takut nak bawak saya dan adek2 pegi picnic... takut tertengok bnde yang bukan2...
kalu nak bandingkan diowang dengan binatang.. umm.. lebey kuang same jew an...
bagi saya binatang ag baek... ye lah... mane tak nye... diowang berzina kat tempat yang terbuka... cube tengok kucing... kucing kalu nak ______ die wat je kat mane2 coz die takde akal... tapi kucing ade sifat sayangkan anak2 die... die takkan buang anak die... tapi manusia... tanam.. buang dalam tong sampah... buang dalam sungai...kalu yang baek "cket" tu die letak kat masjid...
sedey tengok anak yang tak berdosa tu....
kat sini tak pasal2 diowang dapat dua dosa sekaligus...

1. DOSA BERZINA
2. DOSA BUANG ANAK

kadang2 saya tengok anak yang diowang buang sangat laaa comey... ummm.. oklah ase nyer setakat ni jew yang bley saya kongsi kan...
ade keje nak wat... nak g study plak.. sebenarnye banyak ag nak tulis... tapi bila pikir banyak ag tak study... ummm.. takpe laaa.... len kali kite bincng ag sal topik ni....



dah boley lupe sket sal bnde tu... alhamdulillah... ALLAH tolong saya dalam menghadapi masalah hati tu...
salam sayang dari saya.. dan maap kalu entry kali ni menyentuh hati sesiape yang bace...
moga kite semua sentiasa berada di bawah payungan-NYA.... AMINN..


~CINTA nan INDAH~


"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"

"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"

"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"

"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"

"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"

"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"

"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"

"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"

"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"

"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"

"Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya"

"Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa"





nice tak pic yg kat atas tu.. opsss... tu tuk yg dah berkawen jew au.. hehe..
ummm.. sejak akhir2 ni ade something wat saya penin...
YA ALLAH perasaan tu datang lagi... jauhkan ia dari ak ya ALLAH...
sesungguhnya ak hanya manusia biasa...
umm... pegang janji " SETANGGI SYURGA"